![]() |
Twitcon. Twitcon |
Duduk di depan laptop sambil makan asam, ku lihat price tag di botol asam tersebut RM1.00 di SevenEleven. Betapa mahalnya sedangkan di kedai runcit biasa cuma 50sen sebotol, dua kali ganda. Dunia. Apa aku merepek ni? Nvm, merujuk kepada tajuk, Kuala Lumpur. 29Mei2012-Lawatan ke Kuala Lumpur under Kelab Sivik Kewarganegaraan. Ye, saya bukan bukan ahli kelab tersebut dan hanya mahu menyibuk :D
5.30am
Bangun dari tidur untuk mengemas barang barang yang langsung belum dikemas. Yeah! Semangat nak pergi :D Kena pakai baju sekolah. WTF? Sungguh memalukan, nvm, Aku budak sekolah lagi :)
6.00am
Letak barang dalam kereta, terus pergi McD Klebang yang baru bukak tu. *Ececeyhh. DriveThru sahaja. Singgah Shell untuk membeli twisties. Sungguh tak berbaloi.
![]() |
Cendol? Saya sentiasa bawa dia ke mana mana :D |
6.20am
Setibanya disekolah, ramai yang tak sampai lagi. Mengapa? Mungkin bangun lambat agaknya. Cikgu suruh naik bas. Lelaki naik dulu. Perempuan duduk depan. Saya duduk tengah tengah bersama teman karib, Zuriaty. Duduk di tepi tingkap, alangkah indahnya suasana pagi try call Adib tapi dia masih enak dibuai mimpi. Driver bus tu bukak cerita 7 Petala Cinta. Layan je lah, lagi pun tak tengok lagi.
![]() |
Mereka melihat pameran, kami sibuk bergambar di cermin. |
10.00am
Finally sampai jugak di bandaraya yang penuh kesesakan itu. Terus pergi Istana Negara. Ada pameran Raja Kita. Okay dalam ni sangat kelakar, Nurul tak habis habis dengan tulah dia. Kelihatan ramai pekerja yang menjaga pameran tersebut, dengan memakai baju melayu berwarna putih. Niat di hati ingin bertanya "Gaji sehari berapa?" Tapi tidak kesampaian.
![]() |
Zuriaty, Nurul seksi. |
![]() |
Ehh? |
![]() |
Sweet kan? |
![]() |
Ameen ngantuk -,- haha |
12.30pm
Tibanya di KLCC. Jalan sungguh sesak. Ingatkan sampai kat KLCC terus pergi Aquaria. Shit! Masuk Aquaria pukul 2.30pm.
Kami: Cikgu, apa kami nak buat selama dua jam kat sini?
Cikgu: Kamu pergi la jalan jalan dulu ke, makan makan.
Kami: Pakai baju sekolah?
Cikgu: Yelah, kejap lagi nak masuk Aquaria kena pakai baju sekolah.
Sungguh memalukan. Tapi takpe, ada je pelajar sekolah lain yang pakai baju sekolah. Saya berjalan jalan dengan Zuriaty sehingga lapar. Pergi Pizza Hut yang berada di tiingkat bawah. Sungguh ramai! Tape, tebalkan muka. Masuk dalam order makanan. Saya makan Speghetti manakala Zuriaty makan Lime Paper Chicken Chop. Semua sekali RM43.80 -,-
![]() |
BFF :D |
![]() |
Muka tak ikhlas |
2.30pm
Berkumpul masuk Aquaria. Apa yang ada? Ikan! Ada labah labah yang berbulu bulu tu. EEYIEWW! Tarantula! Sungguh menakutkan. Macam macam ular ada. Nurul takut Ular. Haha. Pukul 3 tu ada pekerja tu bagi makan kat ikan ikan dalam tu. Gelojoh sungguh mereka makan.
![]() |
Tak jelas |
![]() |
Kery, Nurul, Zuryati, Nadya |
Keluar dari Aquaria. Salin baju di tandas, Oh yeahh! Saya tak pakai baju sekolah dah :D Berjalan jalan bersama Zuryati, Nurul, Kery. Kerja mereka gelak. Saya penat. Kery nak pergi kedai buku, tapi tutup. Hah! Padan muka.
4.30pm
Cikgu dah panggil berkumpul. Errhh! Nak balik dah! "Cikgu, dalam tentatif program tu cakap kita balik pukul 6.00. Kenapa awal sangat?" "Takut jem la, hari hari orang kerja" Fine. Fine. Fine. Kitorang orang yang paling lambat naik bas sebab nak beli barang. Okay dalam bas masa balik memang best. Driver bus tu pasang lagu dangdut. Menari nari kat belakang macam orang gila. Nurul cakap aku menari style yang sama je, tangan keras! Hihi. Ameen sengal, menari pakai spect. Sungguh NERD dan hodoh.
![]() |
Muka sakai gila -,- |
5.30pm
Berhenti dekat Sungai Buloh. Kami beli CoolBlog. Sedap :D Then beli burger kat Burger King. Tapi tak makan pun, sedekahkan dekat orang orang dalam bas. Sampai diorang pun tanya "Weyh Nadya! Ape function kau beli benda ni? Nak sedekah kan kat orang? Baik tak payah beli" Suka hati aku lah. Tak lalu la nak makan. Yang melucukan, ada peristiwa yang amat memalukan. Berhenti di Sungkai. Funny~
7.45pm
Berhenti di tapah untuk menunaikan Solat Maghrib.
9.30pm
Tibanya di sekolah. Cousin amek, terus pulang ke kampung.
No comments:
Post a Comment